Bahan-Bahan
-
2 Biji Mangga MasakJenis Harumanis Atau Chokanan
-
1 Cawan Air Sejuk
-
Secukupnya Ais
-
2 Sudu Besar Gula
-
2 Sudu Besar Madu
-
Secukupnya Daun PudinaUntuk Hiasan
Nota
Resepi jus mangga merupakan minuman yang sempurna untuk melepaskan dahaga, terutama di cuaca panas.
Buah mangga yang manis dan berair memberikan rasa segar yang tiada tandingan, membuatkan setiap hirupan begitu memuaskan.
Tidak hairanlah resepi jus mangga ini menjadi kegemaran ramai, dari kanak-kanak hingga orang dewasa.
Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam buah mangga, boleh membantu menguatkan sistem imun badan. Selain itu, serat yang terkandung dalam buah mangga baik untuk pencernaan.
Untuk buat resepi jus mangga yang sempurna, pemilihan mangga yang masak dan manis adalah kunci utama.
Mangga jenis Harumanis atau Chokanan sangat sesuai kerana rasa manisnya yang semulajadi.
Jika ingin rasa yang lebih manis, anda boleh menambah sedikit madu atau gula, tetapi pastikan tidak berlebihan supaya rasa asli mangga tetap menonjol.
Langkah-Langkah
1
Selesai
5 minit
|
Penyediaan ManggaKupas kulit mangga dan pisahkan isi mangga dari bijinya. Potong isi mangga menjadi ketulan kecil. |
2
Selesai
5 minit
|
Blending ManggaMasukkan ketulan mangga ke dalam pengisar. Tambahkan air sejuk dan ais. Kisar sehingga menjadi jus yang halus. |
3
Selesai
1 minit
|
Menambah Pemanis (Pilihan)Jika mahu jus yang lebih manis, tambahkan madu atau gula mengikut citarasa. Kisar semula untuk memastikan pemanis larut sepenuhnya. |
4
Selesai
4 minit
|
Menghidangkan JusTuangkan jus mangga ke dalam gelas. Hias dengan daun pudina atau potongan mangga di atasnya. |